Tuesday, December 6, 2011

Nilai emas yang mungkin anda tidak tahu

Kenapa menyimpan emas?


Mereka kata, emas
# melindungi kekayaan
# penampan inflasi
# sentiasa meningkat dlm jangka masa panjang
# logam yang mempunyai nilai tersendiri

Dulu..saya kata,
# apa kaitan semua itu dengan saya?
# kenapa perlu saya menyimpan emas atas sebab2 itu?
P/s: tetapi dalam masa yang sama, saya mula membeli dan menyimpan emas..kerana saya percaya pelaburan ini tidak merugikan walaupun saya tidak begitu jelas sebabnya.

Kini, mereka bertanya kenapa saya menyimpan emas.

Saya kata (dalam hati), emas mengajar saya banyak erti. Nilai emas tidak lagi terletak pada pulangan yang saya perolehi setiap bulan. Emas bererti

# Sabar ~  Beli emas hari ini, bukan bermakna anda akan terus untung esok hari. Semakin lama anda bersabar, semakin tinggi keuntungan yang anda dapat. Anda juga harus bersabar menghadapi pelbagai masalah dan risiko berkaitan emas. Emas hilang? Mungkin satu dalam 1000 orang penyimpan atau dealer emas yang menghadapinya kerana ada banyak tempat & cara selamat menyimpan emas. Tetapi, percayalah hanya mereka yang pernah kehilangan emas tahu perasaannya. Seperti hilang seluruh hidup? Mungkin. Tetapi bersabarlah. Setiap kejadian ada hikmahnya dan itu cuma ujian kecil daripada Allah sebagai peringatan kepada kita. Sabar juga penting dalam menuntut ilmu emas. Bagi saya, 60% ilmu emas adalah daripada pengalaman. Semakin jauh kita terlibat dengan emas, semakin dalam pengalaman kita, semakin tinggi ilmu emas yang kita ada. Bandingkan seorang wanita yang suka memakai barang kemas dengan seorang tukang emas. Siapa yang lebih tahu tentang emas? Bandingkan kita yang hanya membeli dan menyimpan emas dengan dealer emas yang membeli, menyimpan, menjual, menggadai, berurusniaga emas & menganalisa graf emas. Siapa yang dalam ilmu emasnya? Maka, bersabarlah untuk mendalami ilmu emas. Semuanya bermula dengan sedikit dan kecil. Perlahan-lahan kita akan pandai menjelaskan tentang pelaburan emas kepada rakan2, keluarga dan orang ramai. Ia berlaku secara spontan. Automatik? Oh tidak..spontan kerana ilmu itu telah menyerap di dalam dada  anda. Tetapi bukan automatik anda terus pandai. Itu mustahil.

# Jujur ~ Setiap orang tentu tahu berharganya seketul emas walau cuma 1gram. Ramai yang mengumpul kekayaan melalui emas. Bahkan ramai yang menipu dengan umpan emas. Anda tentu mahu setiap urusan emas berlaku dengan jujur, bersama orang yang jujur. Jadi, berlaku jujurlah dalam setiap urusan. Walaupun mungkin dengan sedikit ketidakjujuran, anda boleh mendapat keuntungan yang lebih. Tetapi lupakan untung yang sedikit itu, berlaku jujurlah kerana Allah SWT. Ingatlah bahawa emas adalah item ribawi. Segala urusan nya mestilah dengan akad dan syarat2 yang tertentu yang harus kita patuhi. Jika tidak, hukum urus niaga itu akan jatuh pada riba. (Sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat halal transaksi emas dan perak). Tidak takutkah kita pada riba? Mungkin ada sesetengah daripada kita tidak. Tetapi saya cukup takut. Bohong jika saya katakan saya tidak pernah terlibat dengan riba. Bahkan saya pernah cuba mencari alasan yang kukuh untuk menghalalkannya dan saya menemuinya. Disokong oleh pendapat ulama beserta hadis. (Wah! Hebat bukan). Kita mungkin dapat meyakinkan diri sendiri atau orang lain. Namun, jangan kita lupa pada ALLAH Yang Maha Mengetahui. (Allah lagi hebat. Maha Hebat). RM 1 yang masuk ke dalam poket kita dengan cara yang bathil, kita harus bayar semula dengan kos yang jauh lebih mahal. Berlipat kali ganda daripada RM1 itu. Berbaloikah? Tepuk dada, tanya iman. Nilaikan sendiri setiap transaksi emas yang kita lakukan dan "kos" yang pernah kita bayar. Tiada satu perkara pun yang berlaku dalam dunia ini adalah kebetulan. Tiada satu benda yang percuma. Setiap yang anda ambil, perlu ada bayarannya. Lebihan yang anda dapat daripada transaksi yang tidak jujur perlu ada bayarannya. Boleh jadi dalam bentuk wang, emas, rumah, kereta, kesihatan, pekerjaan dan sebagainya. Itu bayaran di dunia. Di akhirat? Google lah apa balasan di akhirat untuk riba. Kemudian, sama-sama kita berusaha menghindarinya atau apa-apa sahaja cara yang bathil dan tidak jujur.

# Hidup ~ Inilah pengertian yang terbesar yang saya peroleh daripada emas. Emas membuatkan saya berfikir tentang hidup, menilai semula jalan hidup yang telah saya lalui. Saya bergelumang dengan emas cuma setahun. Menjadi dealer, baru beberapa bulan. Tetapi tempoh yang singkat ini  telah memberikan saya pengalaman merasai keseronokan yang terlampau & membuat saya merasa kepedihan yang terlampau. Seperti anda mendaki gunung tertinggi di dunia, kemudian anda tergolek jatuh ke dalam lurah yang terdalam di dunia. Dan ajaibnya, anda masih hidup! Huh...hidup selepas jatuhan itu tidak mungkin sama dengan sebelumnya. Tak percaya? Cubalah (^_^) . Emas telah mengajar saya untuk berusaha sekuat mungkin walau dalam apapun keadaan.  Hiduplah dengan apa yang kita ada, berusahalah dengan apa yang kita ada. Hidup selepas terjatuh boleh menjadi lebih baik jika ada rasa syukur. Jika masih ada nyawa, maksudnya kita masih boleh berusaha. Emas boleh mengubah hidup kita daripada pemboros kepada berjimat cermat. Hidup dengan emas berjaya membuatkan saya membeli hanya keperluan kerana saya tentu tidak mahu membazirkan setiap sen yang saya ada untuk benda yang tidak berharga. Emas juga menyebabkan saya sering ada misi. Untuk membeli handset misalnya, saya perlu membeli emas dulu, kemudian hasilnya akan digunakan membeli handset. Mana yang lebih untung? Dapat satu atau dua? Hehe Maka, nikmat Allah yang manakah hendak kita dustakan?

Selamat menilai emas dan menilai hidup anda. Emas yang banyak adalah salah satu ujian Allah. Emas & kekayaan kita juga boleh ditarik balik sekelip mata.  Jika, kehilangannya adalah bayaran untuk hidayah daripada Allah, mengapa harus kita bersedih.

لا تحزن إن الله معنا

Hubungi saya 0165890946 jika berminat memiliki emas.

No comments: