Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Tahun 2011 merupakan satu tempoh yang begitu bermakna kepada saya kerana tahun inilah saya semakin aktif dalam pelaburan emas. Saya percaya ramai dalam kalangan anda juga turut terkena tempias pelaburan emas ini. Apa yang membuatkan orang ramai begitu teruja membeli, memborong, menyimpan dan menjual EMAS? Sila scroll graf-graf di bawah. Anda akan menjumpai jawapannya. ^_^Harga Emas Jan - Dis 2011 |
Jika dikaji daripada pelbagai faktor, lonjakan harga emas pada dua bulan tersebut banyak dipengaruhi oleh krisis ekonomi yang berlaku di Eropah yang bermula di Greek dan juga krisis hutang Amerika Syarikat. Kebimbangan para pelabur terhadap keupayaan US Dollar dan Euro untuk pulih membuatkan ramai mula memilih menyimpan emas berbanding matawang tersebut. Bahkan semakin banyak negara mula menyimpan stok emas sebagai aset negara selain India dan China yang sememangnya telah lama menjadi penyimpan terbesar emas dunia. Kesan daripada krisis matawang tersebut, beberapa penganalisa emas telah meramalkan bahawa harga emas akan menaik antara USD 1500/oz sehingga mencecah USD 2000/oz pada penghujung tahun 2011.
Global commodities guru Jim Rogers misalnya menyatakan
"Gold price would eventually rise above $2,000 an ounce. Gold will be $2,000 certainly in the decade, it'll probably be much higher than $2,000 in the decade but maybe even sooner I don't know. But to me it seems pretty clear that it'll go to at least $2,000. If you adjust the old high back in 1980 for inflation, gold should be over $2,000 now."
Sebelum berakhir tahun 2011, emas sekali menjunam turun iaitu pada bulan Disember dimana harga emas pada masa tersebut mencecah harga pada bulan Julai. Harga penutup emas pada 29 Disember 2011 ialah USD 1566.40/oz. Berikut kenyataan Carole Ferguson, penganalisa di Fairfax IS, London berkaitan senario harga emas penghujung tahun 2011:
"Gold was held back toward the end of last year because of dollar strength and people having more confidence in the U.S. economy."
"If people feel the U.S. economy will pull the whole world up a little bit, then you could see gold being very flat to trading down."Jika dilihat, kenaikan harga tahunan emas dari Januari hingga Disember 2011, peningkatan adalah sebanyak 12%. Namun, jangan lupa perhatikan graf pada bulan Ogos dan September. Catatan harga emas tertinggi ialah USD 1895.00/oz. Jika anda membeli pada harga permulaan Januari dan menjual pada harga tinggi bulan September, anda akan mendapat keuntungan sebanyak 36%. Wahh!! Oleh itu, anda mesti tahu bila harga rendah untuk membeli emas dan bila harga tinggi untuk anda mendapatkan keuntungan.
Sebelum anda dapat mengetahui bila harga rendah atau harga tinggi, anda perlu memahami dahulu pattern harga emas ini. Untuk menyelidik patternnya, mari kita lihat graf emas dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2006 sehingga 2010.
Harga Emas Jan - Dis 2006 |
Harga Emas Jan - Dis 2007 |
Harga Emas Jan - Dis 2008 |
Harga Emas Jan - Dis 2009 |
Harga Emas Jan - Dis 2010 |
- Harga emas sentiasa dalam trend menaik iaitu harga rendah di awal tahun (Januari) dan harga pada penghujung tahun (Disember) adalah lebih tinggi. - Awal tahun adalah masa yang baik untuk membeli emas.
- Lonjakan harga emas akan berlaku selepas harga terendah dicatatkan pada masa tersebut iaitu selepas bearish trend atau mungkin selepas market correction. - Ini kerana pelabur akan memborong sebanyak mungkin emas ketika harga rendah tersebut menyebabkan harga emas akan melonjak tinggi.
- Harga terendah pada tahun semasa tidak akan mencecah harga terendah tahun sebelumnya.
2006 USD 524.75
2007 USD 608.40
2008 USD 712.50
2009 USD 810.00
2010 USD 1058.00
2011 USD 1319.00
Jelas, emas adalah pelaburan yang terbaik sepanjang tahun 2011 terutamanya di tengah-tengah kemelesetan ekonomi Amerika dan Eropah. Atas kesedaran itulah, pada tahun 2011 pelaburan emas semakin mendapat tempat. Penyimpanan emas dalam bentuk bullion bar dan syiling emas juga semakin meningkat dalam kalangan masyarakat dunia. Di Malaysia misalnya minat masyarakat terhadap pelaburan emas terbukti melalui artikel-artikel yang semakin banyak diterbitkan di media cetak tetang emas selain fokus terhadapnya dalam beberapa program di media elektronik.
Credit to http://www.barakahemas999.com/2011/03/keratan-akhbar-mengenai-pelaburan-emas/ |
Credit to http://www.publicgoldsarawak.com/ver2/2010/03/15/keratan-akhbar-tentang-pelaburan-emas-public-gold/ |
Credit to http://kawahemas.blogspot.com/2010/11/keratan-keratan-akhbar-tentang-emas-dan.html |
Hubungi 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas.
No comments:
Post a Comment