Showing posts with label harga emas. Show all posts
Showing posts with label harga emas. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Bila harga EMAS nak naik?


Assalammualaikum,
Anda dah menyimpan emas? Jika sudah, alhamdulillah. Tapi mungkin ada satu kerisauan dalam hati mereka yang telah memulakan pelaburan emas terutamanya yang telah membeli pada tahun lepas ketika harga emas berada pada paras yang lebih tinggi berbanding harga semasa. Lebih-lebih lagi jika anda membeli pada bulan september di mana harga emas berada pada tahap yang paling tinggi iaitu USD1895/oz. Pada bulan tersebut, Public Gold 20gram bar hampir mencecah RM4000.

Jadi, hari ini ramai yang risau dan masih tertunggu-tunggu bila harga emas akan melonjak naik dan mencatatkan harga tinggi. Mari kita cuba mengubati kegusaran anda terhadap harga emas dengan memahami situasi harga emas sekarang dan apa yang perlu anda lakukan pada masa sekarang.

Untuk mengetahui adakah harga emas akan melonjak naik atau berapa lama tempoh yang perlu kita tunggu untuk melihat emas melonjak naik, kita perlu mengkaji saiz dan tempoh ketika correction - harga emas jatuh mendadak pada penghujung tahun lepas. Jika difikirkan secara logik akal, semakin besar penurunan harga emas, maka semakin panjang tempoh masa diperlukan untuk naik semula. Oleh itu, apa kata kita bermain dengan gold history price. Kita lihat sejarah harga emas untuk mengenalpasti jika ada pattern yang sama telah berlaku pada harga emas seperti sekarang yang mungkin boleh applikasikan untuk mengkaji situasi emas sekarang.

Graf emas Jan - Dis 2011
Pada 5 September 2011, harga emas telah mencatat rekod tertinggi iatu USD1895/oz dan seterusnya telah jatuh kepada USD 1531/oz pada 29 Disember 2011 iaitu penurunan sebanyak 19.2%. Untuk mengetahui bilakah harga emas akan mencapai harga USD 1895/oz semula, mari lihat sejarah harga emas dan berapa lama yang pernah diperlukan untuk emas naik semula selepas correction yang agak besar.


Graf di atas menunjukkan tiga corrections yang besar semenjak tahun 2001. Di dalam graf itu juga dicatatkan berapa minggu yang diperlukan untuk harga emas tersebut
a) mencapai harga tertinggi sebelumnya, dan
b) kekal berada di atas paras tersebut.

Seperti yang dapat diperhatikan pada graf tersebut, sememangnya emas memerlukan beberapa tempoh masa untuk melonjak semula selepas satu-satu jatuhan harga. The bigger the correction, the longer it took. Misalnta, pada tahun 2006, selepas penurunan harga emas sebanyak 22.6%, ia memerlukan masa selama setahun empat bulan untuk harga emas tersebut naik dan mencapai harga tertinggi sebelumnya. Manakala, pada tahun 2008, ia memerlukan setahun enam bulan untuk emas memecah rekod tertinggi.

Correction yang telah berlaku pada penghujung tahun 2011, agak hampir sama dengan correction pada tahun 2003. Pada tahun 2003, harga emas telah jatuh sebanyak 16.2% dan harga tersebut naik semula selepas tujuh bulan. dan dua bulan untuk terus kekal di atas paras harga tersebut.

Jadi, bila agaknya harga emas sekarang akan melonjak naik semula dan memecahkan rekod tertinggi sebelum ini?

Mari kita aplikasikan correction dan recovery pada tahun 2003 untuk correction semasa. Jika ia mengambil masa selama 29 minggu dan 4 hari untuk mencatat harga tertinggi selepas 16.2% penurunan, maknanya 19.2% penurunan memerlukan masa selama 35 minggu. Cuba anda kira 35 minggu dari tarikh correction tahun lepas, bilakah tarikh sebenar emas akan melonjak naik semula?

7 Mei 2012??


Itu cuma ramalan berdasarkan pattern yang telah lepas. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan pelbagai krisis yang masih belum selesai, tidak mustahil harga emas boleh turun kepada USD 1531/oz jika wang kertas dan liquidity memaksa para pelabur untuk menjual simpanan emas mereka. Eropah dan Amerika Syarikat juga mungkin akan meneruskan rancangan untuk mencetak lebih banyak wang kertas mereka. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya harga emas tidak akan mencecah USD 1900/oz selepas empat bulan akan datang .

Perlukah anda bersedih atau bimbang kerana masa itu terlalu lama? Jangan! kerana anda sepatutnya bergembira. Anda mempunyai tempoh masa yang agak panjang untuk membeli atau memborong emas ketika harga masih rendah seperti sekarang ini. Jika harga emas telah melonjak semula ke harga tertinggi sebelum ini, maknanya anda tidak lagi dapat membeli pada harga hari ini.

Rebutlah peluang ketika harga emas masih rendah. Beli emas sekarang kerana jika harga emas telah mula naik dan mencecah USD1900/oz, anda tidak mungkin dapat menikmati kembali harga sekarang iaitu USD 1600/oz.

Adapted from http://goldnews.bullionvault.com/gold_price_011920121




Hubungi 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas.

Monday, January 16, 2012

Analisis Harga Emas 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Tahun 2011 merupakan satu tempoh yang begitu bermakna kepada saya kerana tahun inilah saya semakin aktif dalam pelaburan emas. Saya percaya ramai dalam kalangan anda juga turut terkena tempias pelaburan emas ini. Apa yang membuatkan orang ramai begitu teruja membeli, memborong, menyimpan dan menjual EMAS? Sila scroll graf-graf di bawah. Anda akan menjumpai jawapannya. ^_^

Harga Emas Jan - Dis 2011
Di atas merupakan graf harga emas sepanjang tahun 2011 iaitu bermula Januari hingga Disember 2011. Pada 4 Januari 2011, harga permulaan emas dunia ialah USD 1388.50/oz. Namun begitu, lonjakan harga emas telah berlaku pada Ogos 2011 dengan peningkatan kira-kira 35% berbanding harga permulaan di bulan Januari iaitu USD 1877.50/oz. Harga emas tertinggi pula telah dicatatkan pada bulan September iaitu USD 1895.00/oz. Penurunan mendadak harga emas turut berlaku pada bulan September iaitu kepada USD 1598.00/oz. Penurunan tersebut walaupun agak besar, tetapi hanyalah berpatah balik kepada harga sebulan sebelumnya.

Jika dikaji daripada pelbagai faktor, lonjakan harga emas pada dua bulan tersebut banyak dipengaruhi oleh krisis ekonomi yang berlaku di Eropah yang bermula di Greek dan juga krisis hutang Amerika Syarikat. Kebimbangan para pelabur terhadap keupayaan US Dollar dan Euro untuk pulih membuatkan ramai  mula memilih menyimpan emas berbanding matawang tersebut. Bahkan semakin banyak negara mula menyimpan stok emas sebagai aset negara selain India dan China yang sememangnya telah lama menjadi penyimpan terbesar emas dunia. Kesan daripada krisis matawang tersebut, beberapa penganalisa emas telah meramalkan bahawa harga emas akan menaik antara USD 1500/oz sehingga mencecah USD 2000/oz pada penghujung tahun 2011.

Global commodities guru Jim Rogers misalnya menyatakan
"Gold price would eventually rise above $2,000 an ounce. Gold will be $2,000 certainly in the decade, it'll probably be much higher than $2,000 in the decade but maybe even sooner I don't know. But to me it seems pretty clear that it'll go to at least $2,000. If you adjust the old high back in 1980 for inflation, gold should be over $2,000 now." 


Sebelum berakhir tahun 2011, emas sekali menjunam turun iaitu pada bulan Disember dimana harga emas pada masa tersebut mencecah harga pada bulan Julai. Harga penutup emas pada 29 Disember 2011 ialah USD  1566.40/oz. Berikut kenyataan Carole Ferguson, penganalisa di Fairfax IS, London berkaitan senario harga emas penghujung tahun 2011: 
"Gold was held back toward the end of last year because of dollar strength and people having more confidence in the U.S. economy." 
"If people feel the U.S. economy will pull the whole world up a little bit, then you could see gold being very flat to trading down."
Jika dilihat, kenaikan harga tahunan emas dari Januari hingga Disember 2011, peningkatan adalah sebanyak 12%. Namun, jangan lupa perhatikan graf pada bulan Ogos dan September. Catatan harga emas tertinggi ialah USD 1895.00/oz. Jika anda membeli pada harga permulaan Januari dan menjual pada harga tinggi bulan September, anda akan mendapat keuntungan sebanyak 36%. Wahh!! Oleh itu, anda mesti tahu bila harga rendah untuk membeli emas dan bila harga tinggi untuk anda mendapatkan keuntungan. 

Sebelum anda dapat mengetahui bila harga rendah atau harga tinggi, anda perlu memahami dahulu pattern harga emas ini. Untuk menyelidik patternnya, mari kita lihat graf emas dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2006 sehingga 2010.

Harga Emas Jan - Dis 2006
Harga Emas Jan - Dis 2007
Harga Emas Jan - Dis 2008
Harga Emas Jan - Dis 2009
Harga Emas Jan - Dis 2010
Daripada graf-graf di atas, kita dapat melihat pattern harga emas sepanjang tahun. Apa yang dapat kita simpulkan ialah;

  1. Harga emas sentiasa dalam trend menaik iaitu harga rendah di awal tahun (Januari) dan harga pada penghujung tahun (Disember) adalah lebih tinggi. - Awal tahun adalah masa yang baik untuk membeli emas.
  2. Lonjakan harga emas akan berlaku selepas harga terendah dicatatkan pada masa tersebut iaitu selepas bearish trend atau mungkin selepas market correction. - Ini kerana pelabur akan memborong sebanyak mungkin emas ketika harga rendah tersebut menyebabkan harga emas akan melonjak tinggi.
  3. Harga terendah pada tahun semasa tidak akan mencecah harga terendah tahun sebelumnya. 
                      Tahun            Harga Terendah (per ounce)
                       2006                           USD 524.75
                       2007                           USD 608.40
                       2008                           USD 712.50
                       2009                           USD 810.00
                       2010                           USD 1058.00
                       2011                           USD 1319.00

Jelas, emas adalah pelaburan yang terbaik sepanjang tahun 2011 terutamanya di tengah-tengah kemelesetan ekonomi Amerika dan Eropah. Atas kesedaran itulah, pada tahun 2011 pelaburan emas semakin mendapat tempat. Penyimpanan emas dalam bentuk bullion bar dan syiling emas juga semakin meningkat dalam kalangan masyarakat dunia. Di Malaysia misalnya minat masyarakat terhadap pelaburan emas terbukti melalui artikel-artikel yang semakin banyak diterbitkan di media cetak tetang emas selain fokus terhadapnya dalam beberapa program di media elektronik. 
Credit to http://www.barakahemas999.com/2011/03/keratan-akhbar-mengenai-pelaburan-emas/

Credit to http://www.publicgoldsarawak.com/ver2/2010/03/15/keratan-akhbar-tentang-pelaburan-emas-public-gold/

Credit to http://kawahemas.blogspot.com/2010/11/keratan-keratan-akhbar-tentang-emas-dan.html
Jadi, apa kata peruntukkan sedikit wang anda untuk dilaburkan dalam emas (oh yaa..) saya maksudkan emas fizikal.. ^_^

Hubungi 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas.