Thursday, November 17, 2011

Kelebihan Sebagai Dealer Public Gold

Berikut saya senaraikan beberapa keuntungan atau kelebihan yang anda perolehi jika menjadi dealer Public Gold.

1. Anda boleh menjual segala jenis produk Public Gold termasuklah Public Dinar, Public Silver, Public Jewellery, Product I-Series dan Gold Bar.

Dengan ini anda mempunyai pelbagai jenis pelanggan. Ada customer minat jewellery dan ada yang berminat dengan gold bar sahaja.

Untung menjadi Dealer datang dari 3 cara iaitu:
Untung Capital Gain
Untung Komisyen
Untung Buy Back

Untung Pertama: Untung Capital Gain
Semua orang dapat untung ini. Jadi dealer untung, tak jadi dealer pun untung! Dalam erti kata lain untung kenaikan harga emas. Best kan berniaga emas, makin lama di simpan makin mahal! Tak expired dan takkan reput!

Untung Kedua : Komisyen

Normal Dealer – 1% komisyen
Priority Dealer – 1.5% komisyen
Master Dealer – 2% komisyen
Apabila anda sign up sebagai dealer (RM20,000), pembelian pertama ini terus dikira untuk komisyen sebanyak 1% daripada pembelian anda!
Apabila accumulate sales anda mencapai RM100,000 anda akan di upgrade menjadi Priority Dealerdan layak menerima komisyen 1.5% atas setiap pembelian.
Dan setelah accumulate sales anda mencapai RM500,000 serta introduce 3 orang dealer baru (Priority Dealer) anda akan di upgrade menjadi Master Dealer dan layak menerima komisyen 2% atas setiap pembelian.
Contoh:
Chicarito membeli emas 100 gram berharga RM18,500 daripada anda (Normal Dealer). Anda layak menerima 1% daripada jumlah belian Chicarito iaitu sebanyak RM185.00! Jika anda berguru dengan saya anda dapat ilmu untuk mendapat lebih daripada 1% =)
Semua pembelian produk Public Gold anda akan dapat komisyen!

Untung Ketiga: Untung Buy Back

Ini adalah untung yang paling saya gemari iaitu untung buy back! Apa yang dimaksudkan dengan untung buy back mari saya perjelaskan.

Harga Emas Public Gold

Jika pelanggan nak beli emas mereka akan refer harga PG SELL.
Jika pelanggan emas kita sebelum ini merasakan mereka sudah untung dan nak jual balik jongkong tersebut kepada kita, mereka akan lihat harga PG BUY.
Contoh:
Park Ji Sung telah membeli emas 50 gram pada Ogos tahun lepas. Setahun kemudian bila rasa dah untung dan beliau nak tukar gold bar yang dibeli untuk dapat cash. Dia akan refer harga PG BUY iaitu RM8,099.00.
Saya beri Park Ji Sung tunai RM8,099.00 dan saya mendapat emas jongkong 50 gram tersebut.
Pada hari yang sama, Ryan Giggs call dan beliau ingin membeli emas 50 gram. Haaaaa.. Ini untung!
Saya refer harga PG SELL iaitu RM8,570.00. Ryan Giggs bayar saya RM8,570 dan saya serahkan emas 50 gram.
Di sini saya telah mendapat untung sebanyak RM471 untuk urusniaga buy back ini! Alhamdulillah…

**Article from www.publicgoldsarawak.com

Transformasi Emas. Mari mulakan.

Assalammualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah dengan segala rezeki dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita pada hari ini. Ramai antara kita hari ini telah celik emas. Kita tahu dan faham peranan emas dalam kehidupan bahkan ramai yang telah memulakan pelaburan emas untuk menjana lebih banyak lagi kekayaan. Namun, ramai juga yang masih belum didedahkan dengan fungsi emas dan apa untungnya menyimpan emas.

Untuk entry kali ini, saya belum berminat menceritakan tentang untung menyimpan emas. Apa yang lebih penting ialah bagaimana cara untuk memulakan simpanan emas. Satu langkah yang anda ambil hari ini akan mengajar anda secara automatik tentang keuntungan emas. Anda tidak akan tahu untung menyimpan emas jika anda tidak pernah menyimpan atau memiliki emas.

Ok..berbalik kepada perihal transformasi emas. Bagaimana agaknya transformasi ini boleh kita lakukan? Benda ni taklah serius sangat seperti transformasi negara tu hehe...xperlu risau dengan NKRA atau 1 Malaysia.. Transform maksudnya bertukar. Jadi, mari kita bertukar kepada emas. Sila rujuk langkah2 berikut:

Step 1: Hadiah Emas
Kita telah terbiasa dengan pemberian hadiah. Kepada ahli keluarga, juga sahabat handai. Malah, budaya pemberian hadiah turut mencakupi kalangan yang lebih luas iaitu kepada guru, kepada pelajar, tetamu dan artis (wah). Hari ini juga terdapat jenis barang yang boleh diberikan sebagai hadiah. Apa kata kita mula mengubah atau menaiktarafkan lagi tradisi ini dengan memberikan emas sebagai hadiah. Bagi wanita, mungkin pernah atau biasa dengan hadiah berbentuk emas. Tapi lelaki? Ok..mulakan dengan mereka yang terdekat dengan kita. Ibubapa. Sempena hari kelahiran atau ulang tahun perkahwinan atau cuma sekadar tanda penghargaan, berilah mereka seketul emas. Mengambil contoh saya sendiri, hadiah harijadi kepada ibu saya selepas saya bekerja ialah seutas gelang emas yang berharga RM880. kalau tak sila harga ketika itu ialah RM135/g untuk emas gred 916. Emas itu saya beli di kedai cina (kerana public gold belum mengeluarkan jewellery). Kemudian untuk harijadi ayah saya pula, saya hadiahkannya seketul dinar emas 1dinar yang ada masa itu berharga RM600.

Jadi, setiap kali ada hari istimewa dalam keluarga, kita cuba berikan seketul emas kepada mereka mengikut kemampuan kita. Anak-anak juga boleh didedahkan dengan pelaburan emas ini misalnya dengan memberikan reward dalam bentuk emas kepada mereka sekiranya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Mungkin untuk UPSR, reward nya sekeping 1 dinar, PMR 5 dinar, SPM 10 dinar dan STPM 50g gold bar (^_^)..

Step 2: Gold Emergency Fund (Dana Emas Kecemasan)
Anda pernah menyimpan emergency fund? Pernah disarankan untuk menyimpan emergency fund? Saya bukanlah seorang financial advisor, namun saya amat mementingkan emergency fund. Semenjak saya mula berkerja, saya telah mengagih-agihkan wang gaji saya untuk beberapa tujuan. Tentu ramai yang turut mengamalkan perkara ini. Salah satu potongan yang WAJIB saya buat ialah EMERGENCY FUND. Saya meletakkan fund ini di dalam akaun bank yang tidak bercampur dengan duit lain. Setiap kali ada lebihan gaji di setiap hujung bulan, akan dimasukkan ke dalam fund ini jugak. Sebab MALANG tidak berbau. Jika dah terpakai emergency fund ini, saya akan ganti balik. Jumlah yang sesuai untuk fund ini terpulang kepada perkiraan kita sendiri. Saya misalnya, menetapkan RM200 untuk emergency fund ini dan harus berdisiplin menyimpannya. Dahulu, sebelum saya berkenalan dengan emas, saya agak sukar mendisiplinkan diri menyimpan emergency fund ini. Saya cenderung untuk mengeluarkannya atas sebab-sebab yang tidak munasabah 'kecemasannya'. Kehabisan compact powder atau mascara juga adalah satu kecemasan bagi saya bahkan mungkin ramai wanita lain di luar sana ;P. Namun, setelah saya mula menggilai emas, saya menjadi lebih berjimat cermat. Tiada make-up, tidak mengapa. Asalkan ada emas. Emergency fund saya telah berubah daripada simpanan dalam bentuk wang kertas kepada simpanan 1 dinar emas. Pada awal2 saya melaksanakan kaedah ini lebih mudah kerana 1dinar baru berharga RM600++. Bahkan saya sering jugak mendapat buy back 1dinar dengan harga RM500. Boleh dikatakan 1 dinar untuk satu bulan. Bila emas telah semakin menaik, harga dinar pun menceccah RM800++, saya mendisiplinkan diri menyimpan RM200 sebulan kemudian genap 3 atau 4 bulan, wang itu akan ditukarkan kepada 1dinar. Jika berlaku sebarang kecemasan, jual dan untungnya berlipat kali ganda. Apa lagi, jom mulakan!


P/S: jika anda ingin memiliki emas, sila hubungi saya Tizarah Daud di 0165890946.

Wednesday, November 16, 2011

Emas: dari sudut pandang seorang wanita



Assalammualaikum..

Sebagai 'starting entry', ingin saya berkongsi tentang emas, logam yang amat bernilai ini dari perspektif seorang wanita. (dalam entry lain, mungkin saya akan kongsikan mengenai perak pula..tentu berbeza nilainya bagi seorang wanita)

Sebagai seorang wanita, saya telah didedahkan tentang emas sejak kecil iaitu sejak saya mengenal dan memahami dunia..mungkin secara spesifiknya sejak berumur 1 tahun. Ibu saya telah menembak lubang kecil di kedua-dua belah cuping telinga saya untuk digantungkan subang yang membuatkan telinga saya cantik (^_^)....tapi malangnya, itu hanya untuk sementara kerana telinga ini tidak mampu menerima sebarang tusukan dan pergantungan apa-apa di situ.. baik emas, perak, besi, kayu atau getah. semuanya akan mengakibatkan telinga itu bernanah (literally). Jadi, sebenarnya saya mempunyai pengalaman yang tidak menarik dengan emas. Tetapi ibu saya masih tidak berputus asa, jadi dia mengalungkan seutas rantai emas yang halus di leher saya. Tabii seorang kanak-kanak, rantai itu digigit-gigit dan akhirnya putus. Nasib baik jumpa balik. Ibu saya tukarkan dengan gelang pula. Kali ini, lebih tebal. Kemudian saya kerap membuka gelang tersebut kerana tidak selesa. Seriously, gelang itu sangat-sangat mengganggu saya bermain! Ibu terpaksa mengalah, jadi dia simpan dan hanya akan memaksa saya pakai ketika hari raya.

Kenapa saya ceritakan ini semua? Untuk menunjukkan bahawa betapa akrabnya hubungan seorang wanita dengan emas. Seorang ibu akan berusaha sekuat mungkin untuk menyarungkan emas pada tubuh anak perempuannya. Dalam masyarakat, wanita berbanding lelaki dari awal lagi telah menghargai dan mengagumi nilai emas dalam kehidupan terutamanya sebagai bahan perhiasan mereka. Malah emas telah lama digunakan sebagai perhiasan sebelum ia diguna pakai sebagai matawang.

Nilai emas di mata wanita
Bagi wanita, emas adalah logam yang sangat bernilai kerana beberapa faktor:

1. Emas sebagai simbol kekayaan & kemewahan.
Emas itu adalah simbol kekayaan kerana ia adalah wang. Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh dunia. Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana ‘dipaksa oleh pemerintah’. Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling baik, selamat dan bijak. Wanita sangat gemar akan kekayaan dan kemewahan. Bahkan, kalau boleh, ingin sahaja ditunjukkan kepada seluruh dunia kekayaan dan kemewahan yang dimiliki nya atau suaminya. Kerana wanita sukakan pujian.

2. Emas adalah pelengkap perhiasan.
Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas. Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia.
Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas. Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas. Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya, gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka nenek, moyang dan sebagainya. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang. Walau mungkin design barang kemas tersebut terlalu lama, tidak up-to-date, namun masih disimpan dan dipakai kerana sentimental value yang ada padanya.

Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas. Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin perempuan maka ia adalah lebih baik kerana melambangkan tuah yang akan dibawa oleh pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.


3. Emas sukar diperolehi
Wanita faham bahawa emas merupakan satu logam yang sukar diperolehi, bukan sahaja daripada perut bumi tetapi daripada si suami. Jadi, pemberian emas kepada wanita amat dihargai.


Sudahkah anda memiliki emas? Sebagai wanita, tentu sudah ada yang menyimpan emas dalam bentuk perhiasan. Bagaimana dengan dinar emas atau gold bar seperti dalam gambar di atas? Percayalah, perasaan memiliki emas seperti ini berbeza dengan emas perhiasan. cubalah. Anda boleh memilikinya dengan membelinya daripada saya. Hubungi saya di 0165890946 untuk maklumat lanjut.

Monday, January 4, 2010

Budaya Perkongsian Ilmu

Hampir seminggu kita telah mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2009 dan melangkah ke tahun baru 2010. Beranjak ke tahun baru semestinya membawa pengertian yang berbeza namun ternyata sungguh bermakna buat para pembaca semua. Ada yang memulakan tahun baru ini dengan kehidupan baru sebagai pelajar, memasuki alam pekerjaan dan membina empayar baru dalam bidang tertentu. Walau apa pun yang anda lakukan, semestinya setiap perkara itu disertai dengan satu iltizam yang menjadi pendorong utama untuk anda menjayakan impian yang anda dambakan. Tahun baru, semangat baru, iltizam baru. Seharusnya ia mampu menghamparkan satu permaidani yang sempurna bagi tahun 2010 ini.

Sesuatu yang harus anda lakukan sempena peredaran ke tahun 2010 ini ialah berusaha mencipta budaya baru dalam kehidupan anda. Budaya merupakan satu corak perlakuan manusia atau pemahaman yang dikongsi oleh setiap anggota masyarakat dalam sesebuah komuniti. Ia meliputi pemikiran, perucapan, kelakuan, norma, nilai dan kepercayaan yang bergantung pada kapisiti seseorang untuk belajar dan menurunkan pengetahuan untuk kejayaan generasi seterusnya. Mengubah sesuatu budaya bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia bukan sahaja mengubah budaya yang pastinya amat sukar kerana ia sebenanarnya bermaksud melihat dunia melalui perspektif yang berbeza. Ia turut menuntut anda untuk saling bekerjasama dengan anggota masyarakat serta bersama-sama mengaplikasikan sesuatu perlakuan, kepercayaan dan norma-norma lain.

Salah satu budaya yang harus diterapkan dalam kehidupan meliputi budaya hebat dalam memperoleh ilmu dan pengetahuan kerana yang pasti, budaya baru dalam mengejar ilmu dapat meningkatkan lagi produktiviti anda sebagai seorang individu yang turut menyumbang kepada kejayaan bangsa dan negara. Apakah budaya yang harus anda cipta dalam mendapatkan ilmu dan menguruskan ilmu yang anda peroleh? Budaya perkongsian ilmu adalah satu budaya baru yang harus wujud dalam masyarakat kita bermula dari tahun 2010 ini. Bagi mewujudkan dan memperkayakan lagi budaya perkongsian ilmu ini dalam kalangan masyarakat, harus bermula dari seseorang individu. Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan membina budaya perkongsian ilmu? Ia sebetulnya mengenai menjadikan perkongsian ilmu itu sebagai satu kebiasaan dalam masyarakat. Untuk membina perkongsian ilmu ini, apa yang anda perlu lakukan ialah memberi dorongan dorongan anda kepada orang lain untuk bekerja bersama secara efektif, bersedia bekerjasama dan juga rela untuk berkongsi. Hal ini penting untuk memastikan segala objektif anda atau organisasi yang anda sertai mampu dicapai dengan jayanya.
Dengan segala teknologi dan kemajuan bidang sains pada hari ini, ia bukanlah satu perkara yang mustahil. Gunakan segala teknologi yang ada untuk mencari ilmu serta berkongsi ilmu tersebut bersama orang lain demi kepentingan bersama.

Mungkin ada yang memandang negatif pada perkongsian ilmu kerana sikap paranoia mereka yang menganggap orang lain akan mencuri idea mereka. Berkongsi ilmu bukan bermaksud berkongsi secara membuta tuli dengan berkongsi segala idea anda. Dalam perkongsian ini juga anda perlu mempraktikkan penilaian yang bijak bagi memastikan ada berkongsi secara relevan. Pada masa inilah anda seharusnya menggunakan segala kemudahan yang ada terutamanya dalam aspek pendidikan seperti trend pendidikan kini yang semakin meluas pengaruhnya iaitu trend pendidikan webucation seperti program scoreA. Trend pendidikan ini yang dijangka meletup pada tahun 2010 ini secara tidak langsung sebenarnya menggalakkan para penggunanya berkongsi pengetahuan dan ilmu yang ada melalui pengaplikasian internet dan teknologi maklumat. Program ini merupakan pembelajaran secara output yang bukan sahaja memberi peluang kepada anda untuk mendapat alternative lain dalam mendapatkan ilmu selain input dari pembelajaran di sekolah.

Wednesday, December 9, 2009

*Menempa Kejayaan Melalui Mentaliti

Anda mungkin pernah mengalami kegagalan atau tidak pernah mengecapi kejayaan dalam apa jua yang anda lakukan. Lantas, apa yang terbit di fikiran tatkala kegagalan datang bertandang ialah “kenapa aku gagal?” atau “kenapa aku tak boleh berjaya seperti orang lain?”. Hari-hari yang berikutnya pelbagai persoalan lagi timbul di benak anda menangisi kegagalan tersebut. Namun ironinya, jarang sekali kita memikirkan sedalam-dalamnya bagaimana agar kegagalan tersebut tidak berulang lagi dan belajar dari kegagalan tersebut serta mencari cara untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik supaya kejayaan bisa dikecapi. Inilah kesilapan yang sering anda semua lakukan sehingga kegagalan sering menjadi teman baik anda. Apa yang harus anda tahu, kejayaan akan datang bukan hanya berdasarkan usaha yang berterusan atau sokongan orang sekeliling, tetapi juga berteraskan minda yang cerdas dan berkeupayaan tinggi. Kerana dengan minda inilah, anda membina strategi dan melaksanakan tugasan agar sejajar dengan matlamat tugasan tersebut dan beroleh kejayaan yang diimpikan.

Atas kesedaran tentang peranan besar minda terhadap seseorang individu, maka tidak hairan pihak kerajaan juga telah meletakkan satu fokus dalam usaha mencapai RMK 9 pada pembentukan minda yang sempurna melalui satu daripada lima teras Misi Nasional iaitu memupuk minda kelas pertama. Apakah yang dimaksudkan dengan minda kelas pertama? Ianya berteraskan kepada ketangkasan melaksanakan sesuatu tanggungjawab, ketepatan kerja yang dilakukan serta keberhasilan atau ‘output’ yang berkualiti. Usaha kerajaan ini mungkin kelihatan seperti lebih bertumpu pada penjawat-penjawat awam dalam sesebuah organisasi untuk melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Ia bertitik tolak daripada kesedaran bahawa modal insan atau manusia merupakan sumber yang paling penting dalam sesebuah organisasi, malah modal insan menjadi penggerak organisasi dan penentu kejayaan pencapaian visi, misi, objektif dan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan. Maka, pembangunan modal insan ini pula memerlukan kepada minda kelas pertama supaya elemen mikro dalam masyarakat ini memberi implikasi makro terhadap pembangunan negara.

Namun demikian, sebagai seorang insan, anda semua juga harus mengaplikasikan budaya ini dalam kehidupan anda kerana saya percaya pemilikan minda kelas pertama ini tidak mengambil kira siapa anda dalam masyarakat atau apakah peranan anda kepada pembangunan negara. Apa yang paling utama ialah anda harus memiliki keupayaan minda yang baik agar mampu bersaing dengan orang lain atau menghadapi segala cabaran di alaf baru ini. Anjakan ini seharusnya bermula dari dalam diri seorang individu. Anda seharusnya menanamkan mentaliti yang sentiasa berlegar dalam pemikiran serta tindakan anda bahawa minda kelas pertama perlu wujud dalam diri sendiri kemudian diterapkan dalam keluarga dan selepas itu barulah mampu diteruskan secara formal di sekolah-sekolah, ataupun institusi-institusi pengajian tinggi.

Jadi, apakah yang harus anda lakukan untuk menjadi seorang insan yang memiliki minda kelas pertama? Perlakuan atau sikap sebagaimanakah yang boleh dikategorikan sebagai minda kelas pertama? Hakikatnya, untuk memiliki minda kelas pertama akan menjadi lebih mudah sekiranya anda telah bersedia dengan minda yang positif dan terbuka. Hal ini kerana sikap positif yang dimiliki memudahkan anda untuk menerima dan menambah ilmu pengetahuan atau kemahiran yang disalurkan pada anda. Ingatlah bahawa faktor kejayaan seseorang itu terletak pada kecemerlangan mindanya. Tinggalkan segala sikap atau perlakuan seperti melengah-lengahkan kerja, malas, tidak teliti dan perlakuan lain yang jelas sekali tergolong dalam sikap manusia yang mempunyai minda kelas ketiga.

Oleh yang demikian, sikap yang lebih positif harus dijadikan sebagai habit dalam diri anda semua. Bermulalah pada saat dan ketika ini dengan memupuk sikap bertanggungjawab, tekun menguasai segenap ilmu, sikap proaktif, berintegriti, kaya moraliti, tidak mementingkan diri, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik agar matlamat yang diimpikan dapat dicapai dengan cemerlang. Anda juga harus mempersiapkan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran, memupuk budaya membaca, memberi sumbangan ilmu, menguasai teknologi maklumat serta prointelektual. Dengan mentaliti yang besifat kelas pertama ini, nescaya mampu memenuhi keperluan pembangunan dalam konteks individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Apakah yang akan anda dapati sekiranya memiliki minda kelas pertama? Adakah ia tidak mampu dicapai dengan minda kedua, ketiga dan seterusnya? Jawapannya pelbagai kelebihan akan anda dapati dengan mentaliti kelas pertama dan TIDAK, anda tidak akan mendapati semua itu jika anda masih belum merubah paradigma pemikiran anda. Kenapa? Biar persoalan ini dijawab dengan persoalan berikutnya. Mampukah anda menguasai ilmu pengetahuan melalui teknologi terkini sekiranya anda malas dan tidak bersungguh-sungguh memahami pengaplikasian teknologi tersebut? Mampukah anda menghasilkan satu inovasi baru sekiranya anda kurang arif dengan konsep dan logiknya, tidak mahu menerima pandangan orang lain serta tidak teliti dalam pembinaannya? Mampukah anda menang dalam perdebatan jika pengetahuan anda begitu jumud, kurang yakin, kurang berintegriti dan tidak mampu berfikir dengan rasional dan pantas? Dan akhir sekali, mampukah anda mempertahankan Negara dan bangsa anda jika pertahanan anda tidak kukuh dari segi psikologi, moraliti, fizikal, infrastruktur dan teknologi. Tepuk dada, tanyalah minda anda.

Sesuatu yang juga perlu anda sematkan dalam benak ialah betapa ramainya antara kita yang bercita-cita untuk memiliki mentaliti seperti ini tetapi malangnya ramai juga yang masih terperangkap dalam mentaliti kelas ketiga yang bersifat konservatif dan pasif. Dalam sedar atau tidak, sebenarnya hanya satu garisan halus yang memisahkan antara mereka yang berjaya beralih kepada minda kelas pertama dengan mereka yang masih terperangkap dalam minda kelas ketiga iaitu sikap. Masalah sikap inilah yang menjadi tembok penghalang untuk seseorang merubah mentalitinya. Sikap yang lahir dari perasaan selesa dengan keadaan diri dan sekeliling membuatkan individu itu terus bergelumang dalam cara hidup dan pemikiran yang lama. Perasaan cepat berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan dan apa yang disediakan pada anda walaupun kurang berkualiti dan gagal mencapai matlamat sebenar boleh menarik anda untuk terus berdiri dalam tempurung yang sama ketika orang lain telah keluar dari tempurung tersebut dan membina tempurung lain yang jauh lebih luas dan selesa.

Memiliki minda kelas pertama bukan satu kemewahan yang tampak begitu sukar digapai. Pastinya ia mempunyai kos yang perlu dibayar untuk memilikinya namun bayarannya bukan terletak pada asset atau wang dalam simpanan anda. Tetapi, pada keazaman anda untuk berubah kepada sikap yang sesuai untuk memupuk minda kelas pertama juga kepada sikap yang menunjukkan minda anda berada pada taraf kelas pertama. Ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan era pembudayaan minda kelas pertama ini.

* (Subject to change)