Showing posts with label simpan. Show all posts
Showing posts with label simpan. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Jika takut EMAS hilang...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..


Bulan lepas saya berkongsi tentang pelaburan emas bersama saudara mara saya yang kebetulan bercuti di kampung nenek. Sedang enak saya bercerita tentang emas-emas yang boleh mereka simpan untuk pelaburan, salah seorang bapa saudara saya mencelah dengan pertanyaan "Ada pendinding tak?" and I was like "ape tu? dinding?"..menyedari muka saya yang agak blur dengan soalan maut tadi, dia huraikan sedikit soalan tu. "Ada baca doa apa-apa tak sebagai pendinding? Bawa barang berharga macam emas mesti ada doa yang kita amalkan."


"Ooooo....."


Dari saat itulah baru saya terfikir betapa tinggi risiko (dari aspek keselamatan) tentang emas ni. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini para perompak dan pencuri juga semakin arif tentang nilai emas dan perak. Beberapa kes tentang rompakan dan kecurian emas/perak samada jongkong, syiling atau barang kemas dilaporkan di dada akhbar. Ini kes yang terbaru.



Oleh itu, saya kongsikan di sini beberapa doa yang boleh kita baca dan amalkan.

Ini doa yang bapa saudara saya syor untuk diamalkan. Doa ini sebenarnya elok diamalkan untuk mengelakkan mudarat atau musibah terutamanya jika kita bermusafir. Doa ini juga sudah sebati dengan kami sekeluarga kerana inilah doa yang sering nenek saya ajarkan sejak kecil setiap kali kami takut dan bimbang.




بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ

فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Maksud :Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan membahayakan sesuatu yang ada di bumi atau yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Sebenarnya terdapat satu hadis Nabi saw yang menganjurkan kita membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang untuk mengelakkan dari ditimpa musibah yang datang secara tiba-tiba. 


Satu lagi doa yang turut menjadi amalan kami ialah dari surah hud ayat 41:
وَقَالَ ارْكَبُواْ فِيهَا بِسْمِ اللّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Menyimpan dan membawa barang berharga seperti emas dan perak memang menuntut kita untuk selalu berwaspada dan berjaga-jaga. Tempat simpanan yang selamat memang telah banyak disediakan seperti safe deposit box yang boleh didapati di kebanyakan bank di negara kita. Syarikat Public Gold juga menyediakan Public Safe untuk pelanggan-pelanggan nya menyimpan emas mereka. Namun, doa-doa ini amat sesuai kita amalkan jika kita membawa barang tersebut untuk diserahkan kepada pelanggan atau mungkin selepas stock collection di cawangan Public Gold. InsyaAllah, selagi kita memohn dan berharap pada Allah SWT, Dia akan sentiasa melindungi kita.

Hubungi 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas.

Simpan EMAS anda di Public Safe

Assalamualaikum...
Ini ada satu lagi kerisauan bagi mereka yang nak melabur dalam emas. "Di mana nak simpan emas2 tu?" "Tak hilang ke?" hehe Kalau simpan bawah bantal memang hilang. Simpan di rumah dalam peti besi pun belum tentu selamat. Oleh itu Public Gold telah menyediakan perkhidmatan untuk penyimpanan ini. Saya kongsikan sedikit maklumat yang saya ambil dari www.publicgoldsarawak.com tentang kemudahan yang ditawarkan oleh anak syarikat Public Gold iaitu Public Safe. Semua perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk memudahkan sesiapa yang ingin membuat pelaburan emas.
Public Safe menawarkan perkhidmatan menyimpan emas yang telah dibeli oleh para pelanggan Public Gold. Kadangkala, kita sering memikirkan cara dan tempat yang selamat untuk menyimpan emas yang telah dibeli. Sebenarnya, ada banyak pilihan untuk membuat simpanan emas, tetapi Public Safe menawarkan kadar yang lebih murah, eksklusif untuk para pelanggan Public Gold.
Public Safe hanya mengenakan caj sebanyak 0.5% dari nilai emas anda sebagai caj simpananMinimum caj setahun adalah RM20. Jika emas yang disimpan itu diambil semula sebelum sampai tempoh setahun, tiada pulangan bayaran akan diberikan.

Pelanggan tidak perlu pening kepala memikirkan tempat untuk menyimpan emas… Jadi, simpan di Public Safe adalah lebih selamat.. Bagi cawangan Public Gold di Kuching, keselamatan adalah lebih terjamin kerana berada betul-betul di atas MAYBANK. Maka security system menjadi double layer dan meyakinkan. Boleh lihat laman Public Safe di SINI
Sekarang para pelanggan tidak perlu lagi memikirkan tempat simpanan emas yang dibeli, apa yang perlu dilakukan, beli emas, simpan di Public Safe… Mudah…semua urusan hanya perlu dilakukan melalui Public Gold sahaja… Sangat mudah…


credit to admin http://www.publicgoldsarawak.com


Hubungi 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas.