Friday, December 16, 2011

Apa untung beli emas?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya seringkali berkongsi tentang emas bersama rakan-rakan dan satu soalan yang kerap mereka tanyakan ialah "Bagaimana nak untung dengan membeli dan menyimpan emas?". Dalam entry ini saya ingin mengupas sedikit bagaimana anda dapat menjana keuntungan melalui aktiviti jual beli emas.

Sebenarnya, terdapat banyak cara membuat keuntungan daripada emas, untuk kali ini kita lihat beberapa cara sahaja. Kalau banyak-banyak, takut serabut pulak.

Untuk pengetahuan anda, berapa banyak pendapatan yang anda akan perolehi daripada aktiviti trading emas ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

1. Ilmu pengetahuan anda berkenaan emas
2. Modal yang anda ada
3. Networking anda (berapa ramai supplier, buyer dan investor yang anda kenal)
4. Kejujuran/trustworthy (sejauh mana orang percaya kat anda)

Ok, sekarang kita lihat antara kaedah buat duit dalam trading emas nie:

Kaedah Pertama:

Beli EMAS FIZIKAL pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.


Emas fizikal pilihan; syiling emas, Dinar dan gold Bar.
Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Anda beli emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank, Poh Kong Bunga Raya, PAMP Suisse gold bar, Public Gold Bar kemudian simpan.

Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik kat bank atau kedai emas atau kepada dealer/syarikat emas tersebut (contoh: Public Gold) dan mendapat keuntungan.

Contoh bagi emas fizikal Public Gold:

Ini adalah harga emas Public Gold pada 14 Januari 2011
Ini adalah harga emas Public Gold pada 2 Disember 2011

Berdasarkan kepada harga di atas, anda dapati harga Public Gold memang naik. Pada bulan Januari, harga bagi 20gram gold bar ialah RM3125. Setelah hampir setahun, harga 20gram gold bar telah meningkat kepada RM3871. Kenaikannya adalah sebanyak 23.8%. Wah! Banyak tu. hehe Sememangnya kenaikan tahunan harga emas adalah dalam lingkungan 20 - 30 %. Tapi untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan. Tentukan sebanyak mana target keuntungan yang anda nak.

Graf harga emas bermula Januari 2011 sehingga September 2011

Kebaikan:
1. Anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada orang yang berminat nak beli. So boleh tambah profit lagi

Kelemahan:
1. Kaedah ini memerlukan anda banyak bersabar kerana ia adalah untuk jangkamasa panjang. Anda sekurang-kurangnya perlu menunggu setahun. Kalau anda nak pakai kaedah beli harga rendah dan jual harga tinggi utk jangkamasa pendek, maka kaedah ini kurang sesuai.


Kaedah kedua:

Buat loan bank semaksima mungkin (antara 5 ke 10 tahun) dan beli syiling emas 1Oz seperti Kijang Emas, Syiling Emas dari UOB Bank atau Dinar Emas.


Dengan membuat pinjaman, anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak. Untung pun InsyaAllah banyak

Kemudian simpan syiling emas berkenaan sehingga loan habis bayar. Anda akan mendapati kenaikan harga emas tersebut akan cover duit loan dan akan berikan anda keuntungan.


Kaedah ketiga:

Membeli dan menjual emas melalui Public Bank Gold Investment Account.


Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia
(spot gold + exchange rate bank + untung bank).

Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.

Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.

Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM3) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM3.

hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:


  • Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram


  • Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram


Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!

Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008
(kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka

anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!

Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008…
Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27


Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!

Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00
(RM10.28 x 300 gram = RM3084)

Kalah dividen setahun ASB betul tak? (^_^)

Source and adapted from http://jutawanemas.com

Hubungi 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas fizikal.

No comments: