Sunday, January 22, 2012

Mencapai Financial Freedom melalui Pelaburan Emas

Satu soalan yang kerap bermain di minda saya ialah bagaimana saya dapat mencapai financial freedom melalui EMAS. Apa itu financial freedom? Jika diterjemahkan, ia bermaksud kebebasan kewangan ataupun biasa disebut "bebas hutang". Saya petik definisi financial freedom ini menurut seorang pakar perniagaan internet, Saudara Irfan Khairi.
"Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan."
Untuk menjadi jutawan, kita perlu mencapai bebas kewangan dahulu dan walaupun anda tidak bercita-cita untuk jadi jutawan, sekurang-kurangnya jadilah bebas kewangan. Ini kerana, bebas kewangan adalah sesuatu yang jauh lebih indah berbanding memiliki wang. Ia adalah kebebasan untuk menjadi siapa kita sebenarnya dan kebebasan melakukan apa yang kita benar-benar minat.

Jadi, bagaimana untuk mencapai bebas kewangan?
Menurut Robert Kiyosaki, untuk mencapai financial freedom, seseorang mestilah menjadi samada pemilik perniagaan, pelabur ataupun kedua-duanya sekali yang mendatangkan passive income terutamanya secara bulanan.

Untuk menerangkan tentang financial freedom ini, Robert Kiyosaki sering merujuk kepada The CASHFLOW Quadrant iaitu satu conceptual tool yang beliau perkenalkan untuk membahagikan EMPAT cara utama bagaimana pendapatan diperolehi.

Berikut merupakan sedikit penerangan mengenai diagram di atas
  • E: Employee — Working for someone else. 
  • S: Self-employed or Small business owner — Where a person owns his own job and is his own boss. 
  • B: Business owner — A person who owns a business to make money; typically where the owner's physical presence is not required.
  • I: Investor — Investing money in order to receive a larger income in the future.
Bagi yang berada pada quadrant E dan S, mereka merupakan golongan yang TIDAK PERNAH mendapat kekayaan sebenar. Manakala, bagi quadrant di sebelah kanan iaitu B dan I, mereka adalah golongan yang berada di satu-satunya jalan menuju ke arah kekayaan yang sebenar. 
Jadi, di quadrant manakah anda berada? E, S, B atau I
Bagaimana keadaan seseorang yang dikatakan sebagai financial freedom?
Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.
  • Misalnya, kita mungkin mempunyai simpanan dalam pelaburan ASB sebanyak RM200,000- ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.

  • Mungkin kita ada 2 buah rumah yang disewakan, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000

  • Mungkin kita memiliki perniagaan tudung di Internet- secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan
Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi financially free, kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!
Bagaimana pula mendapat passive income atau residual dengan EMAS?
Anda sudah tahu tentang cashflow quadrant tersebut, jadi kembali ke persoalan pokok, bagaimana mencapai financial freedom dengan emas. Antara E, S, B dan I manakah yang boleh memberi passive income? Manakah yang boleh memberi anda kebebasan dalam kewangan? Bekerja makan gaji? Bekerja sendiri? Memiliki perniagaan? atau Pelabur?


 1. Jika anda berada dalam quadrant E atau S, anda boleh berbuat sesuatu untuk menempatkan diri anda dalam quadrant B atau I.
- cari sesuatu bidang yang anda minat untuk anda memliki perniagaan dan juga melabur. Emas misalnya, mula-mula anda melabur emas, kemudian fikirkan pula bagaimana anda dapat memiliki perniagaan berkaitan emas atau mungkin menggunakan keuntungan daripada emas untuk memiliki perniagaan lain yang lebih anda minat dan mendatangkan hasil yang lumayan. Oleh itu, apa yang anda perlu lakukan ialah:

2. Mempelbagaikan income anda terutamanya passive income.
- Beli lebih banyak aset berbanding liabiliti misalnya beli rumah dan hartanah.

3. Anda kena kenal pasti dengan sebaiknya mana satu aset dan mana satu liabiliti.
- Emas adalah salah satu aset yang ramai orang terlepas pandang. Ramai masih menganggap membeli emas seperti membeli kereta dan handphone. Sebab itu masih ramai yang berifikir 10 kali untuk membeli emas sedangkan sepatutnya mereka berfikir 10 kali untuk membeli handphone atau kereta kerana nilai handphone dan kereta pasti akan turun selepas dibeli. Tetapi emas, semakin kita beli, semakin naik harga, semakin lama kita simpan, semakin tinggi nilai emas itu kelak.

 Saya bukan pelabur emas yang hebat tapi saya belajar untuk menjadi pelabur hebat satu hari kelak. Semoga sedikit perkongsian ini dapat membuka sedikit jalan untuk saya menjadi pelabur hebat kerana saya percaya semakin banyak ilmu yang kita kongsi, semakin besar manfaat yang kita dapat. InsyaAllah.


Hubungi saya TIZARAH BINTI DAUD (A7195) di 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas.

No comments: