Friday, January 27, 2012

Jika takut EMAS hilang...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..


Bulan lepas saya berkongsi tentang pelaburan emas bersama saudara mara saya yang kebetulan bercuti di kampung nenek. Sedang enak saya bercerita tentang emas-emas yang boleh mereka simpan untuk pelaburan, salah seorang bapa saudara saya mencelah dengan pertanyaan "Ada pendinding tak?" and I was like "ape tu? dinding?"..menyedari muka saya yang agak blur dengan soalan maut tadi, dia huraikan sedikit soalan tu. "Ada baca doa apa-apa tak sebagai pendinding? Bawa barang berharga macam emas mesti ada doa yang kita amalkan."


"Ooooo....."


Dari saat itulah baru saya terfikir betapa tinggi risiko (dari aspek keselamatan) tentang emas ni. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini para perompak dan pencuri juga semakin arif tentang nilai emas dan perak. Beberapa kes tentang rompakan dan kecurian emas/perak samada jongkong, syiling atau barang kemas dilaporkan di dada akhbar. Ini kes yang terbaru.



Oleh itu, saya kongsikan di sini beberapa doa yang boleh kita baca dan amalkan.

Ini doa yang bapa saudara saya syor untuk diamalkan. Doa ini sebenarnya elok diamalkan untuk mengelakkan mudarat atau musibah terutamanya jika kita bermusafir. Doa ini juga sudah sebati dengan kami sekeluarga kerana inilah doa yang sering nenek saya ajarkan sejak kecil setiap kali kami takut dan bimbang.




بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ

فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Maksud :Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan membahayakan sesuatu yang ada di bumi atau yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Sebenarnya terdapat satu hadis Nabi saw yang menganjurkan kita membacanya sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang untuk mengelakkan dari ditimpa musibah yang datang secara tiba-tiba. 


Satu lagi doa yang turut menjadi amalan kami ialah dari surah hud ayat 41:
وَقَالَ ارْكَبُواْ فِيهَا بِسْمِ اللّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Menyimpan dan membawa barang berharga seperti emas dan perak memang menuntut kita untuk selalu berwaspada dan berjaga-jaga. Tempat simpanan yang selamat memang telah banyak disediakan seperti safe deposit box yang boleh didapati di kebanyakan bank di negara kita. Syarikat Public Gold juga menyediakan Public Safe untuk pelanggan-pelanggan nya menyimpan emas mereka. Namun, doa-doa ini amat sesuai kita amalkan jika kita membawa barang tersebut untuk diserahkan kepada pelanggan atau mungkin selepas stock collection di cawangan Public Gold. InsyaAllah, selagi kita memohn dan berharap pada Allah SWT, Dia akan sentiasa melindungi kita.

Hubungi 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas.

No comments: