Wednesday, December 14, 2011

Apa itu bisnes EMAS & bagaimana memulakannya?

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini saya ingin berkongsi satu persoalan yang kerap ditanyakan oleh rakan-rakan saya terutamanya yang belum lagi berjinak-jinak dengan pelaburan emas.

Apa itu bisnes emas?
Persoalan ini sering saya terima di dalam inbox di facebook terutamanya selepas saya berkongsi status tentang emas atau harga emas semasa. Ok.. Bisnes emas atau lebih dikenali sebagai PELABURAN EMAS ini ialah anda menyimpan emas dalam tempoh tertentu (contohnya setahun) untuk mendapat keuntungan melalui KENAIKAN harga EMAS (yang biasanya dalam lingkungan 20-30% setahun).  KeUNTUNGan juga boleh diperoleh dengan aktiviti JUAL BELI ketika harga emas naik atau turun. Anda akan memBELI emas ketika harga RENDAH dan menJUAL ketika harga TINGGI.

Ramai (agaknya) yang gerun dengan frasa PELABURAN yang digunakan. Mungkin ia membawa konotasi yang negatif seperti RUGI. Setiap pelaburan tentu ada untung dan rugi. Tetapi percayakah anda bahawa PELABURAN EMAS tidak pernah merugikan sesiapa pun? Ya, tidak pernah tercatat. It is a ZERO RISK investment! Tetapi dengan syarat, ANDA ADA ILMU EMAS. Tidak perlu ada sijil untuk ilmu ini, anda cuma perlu tahu konsep asasnya, MEMBELI ketika harga RENDAH & MENJUAL ketika harga TINGGI. Nah, bisnes lain juga sama konsepnya. Jika anda menjual pada harga yg lebih rendah daripada harga ketika beli, itu  maknanya anda langsung TIADA ilmu emas. Namun saya percaya, tiada dalam kalangan kita yang sejahil itu. Harga emas bukan kita yang tentukan dan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harganya. Nanti kita bincangkan tentang faktor ini dalam entry lain ya.

Bagaimana Memulakan Pelaburan Emas?

Untuk memudahkan anda membaca & memahami, biar saya letakkan dalam langkah-langkah seperti berikut:-

Langkah 1: Gali ILMU EMAS

Baca sebanyak mungkin blog, laman web, group/page dalam laman sosial, buku, artikel yang menceritakan tentang emas. Pelaburan terbaik ialah pelaburan dengan ilmu yang mencukupi. "Investing in gold without knowledge is like hoarding money beneath the raging sea." Ini adalah analogi saya sendiri (sila quote jika anda nak menggunakannya hihi :P juz kidding). Kenapa saya membandingkannya begitu? Anda melaburkan wang tanpa  mengetahui bagaimana nak untung, tanpa ada target keuntungan, tanpa mengetahui bila turun naik harga emas & faktor mempengaruhinya. Ini seolah-olah anda menyelam ke dasar laut yang bergelora &  menyembunyikan wang itu di dasar. Untuk menyembunyikan itu sudah terlalu sukar apatah lagi untuk menggalinya semula nanti. Mungkin analogi ini lebih sesuai merujuk kepada kecenderungan pemilik emas memajak emas di arrahnu tanpa tahu teknik yang betul. Oleh itu, baca lah. (Jika anda punya modal, tidak salah melabur sedikit membeli beberapa buku mengenai emas).

Langkah 2: Lihat BAJET anda

Memulakan pelaburan emas ini tidak semestinya anda wajib mengeluarkan modal besar sehingga beribu-ribuan. Melaburlah mengikut kemampuan yang kita ada. Anda boleh melabur seminima 1, 2 gram emas atau 1 dinar emas. Anda juga boleh (jika mampu) membuat personal loan untuk melabur semaksima mungkin. RM 20 ribu bahkan sehingga RM 1 juta. Semuanya anda TENTUKAN sendiri berdasarkan kemampuan anda.

Langkah 3: Pilih emas yang anda minat

Terdapat pelbagai jenis produk emas yang boleh anda pilih sebagai pelaburan.

1. Emas Fizikal

  •  Gold Bar - public gold, kijang emas maybank, Pamp Suisse, poh kong, KFH, GCP 
(Public Gold Bar adalah emas 24 karat & boleh didapati dengan berat serendah 10g, 20g, 50g, 100g dan yang paling berat 250g)

  •  Dinar Emas - dinar kelantan, public dinar

(Public dinar adalah emas 22karat.. 1 dinar = 4.25gram)


  • Barang Kemas - Public jewellery, Tomei, SinarGold, kedai2 emas

 (Terdapat 2 jenis barang kemas keluaran public gold; D-series & I-series. D-series ialah emas perhiasan yang mempunyai pelbagai jenis design terdiri daripada rantai, gelang, subang dan pendant. I-series hanya mempunyai satu pattern yg sama untuk rantai dan gelang. Beratnya ditetapkan kepada 10g untuk gelang, 20g, 50g dan 100g untuk rantai. Emas i-series adalah lebih padu dan dijual mengikut harga emas dunia. Kedua-dua produk ini lebih murah berbanding emas di pasaran kerana tiada kos upah & kos2 tersembunyi lain)

2. Gold Saving Account
Ini adalah pelaburan menggunakan buku akaun (which saya kurang minat). Anda membeli emas di bank tetapi anda hanya memegang buku akaun sahaja, bukan emasnya.

  • Maybank, UOB Bank, Public Bank

(maklumat lanjut boleh didapati dalam laman web bank2 tersebut..sila google)

** satu perkara yang juga harus diambilkira ketika memilih emas selain brand, berat atau harganya ialah gred emas tersebut sama ada emas 999 (24 karat), 995 (23 karat), 916 (22 karat) dan seterusnya. Emas yang terbaik kualitinya kerana kandungan emas yang tinggi ialah emas 999.

Langkah 4: Hubungi Dealer Emas atau bank berdekatan
Jika anda telah memilih brand emas yang sesuai dengan bajet anda, maka hubungilah dealer yang anda kenal atau company emas tersebut atau bank yang mengeluarkan emas tersebut. Maklumat dealer boleh didapati daripada laman web syarikat emas yang anda pilih. Jika anda taknak susah-susah, hubungi saja saya, TIZARAH DAUD 0165890946. SMS maklumat anda;
- nama:
- i.c:
- no h/p:
- email:
- item yg anda nk beli:
Buat bayaran dan anda akan mendapat stok emas anda :)

Langkah 5: Simpan Emas di tempat selamat


Semua barang berharga ada risiko untuk hilang atau dicuri. Seperti mana anda menyimpan wang, begitu juga anda menyimpan emas. Boleh disimpan di rumah dan juga di bank. Banyak bank menawarkan perkhidmatan Safe Deposit Box untuk orang ramai menyimpan barang berharga. Anda juga boleh menyimpan di arrahnu. Selain emas anda selamat, anda dapat cash untuk membeli emas yang seterusnya =)).

Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Wassalam.

Oopps.. Satu lagi yang perlu anda tahu tentang emas.

Menyimpan WANG KERTAS/FIAT adalah LEBIH meRUGIkan berbanding menyimpan EMAS!
~~ ini hint untuk next entry (^_^)



Hubungi 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas.

No comments: