Monday, March 5, 2012

CIMB Islamic Bank bakal lancar Ar Rahnu

CIMB Islamic Bank merancang melancarkan perniagaan Ar Rahnu di Malaysia pada separuh tahun kedua tahun ini susulan kejayaan perniagaan serupa di Indonesia menerusi CIMB Niaga Syariah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badlisyah Abdul Ghani berkata, CIMB Islamic memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia dan sebaik dimuktamadkan kerangka kerjanya, pihaknya melancarkan produk itu, dan besar kemungkinan bermula di Pantai Timur.” “Saiz pasaran Malaysia besar dan kami yakin ada banyak peluang meskipun kami agak lewat memulakannya,” katanya di Kuala Lumpur.


Walaupun berhati-hati terhadap 2012, Badlisyah menjangkakan CIMB Islamic Bank dan keseluruhan francais kumpulan perbankan Islam akan melalui tahun yang baik.

“Saya yakin, namun berhati-hati terhadap 2012, berikutan apa yang berlaku di dunia, selain kerangka kerja kawal aturan yang ketat serta deman pilihan raya di dalam negara, namun saya percaya kami mencatat prestasi yang baik tahun ini, lebih baik berbanding 2011.


“Kami memberi tumpuan terhadap meluaskan CASA (Akaun Simpanan Akaun Semasa) dan berharap mencatat pertumbuhan dua angka dalam asas deposit dan pembiayaan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CIMBIslamicBankbakallancarArRahnu/Article/index_html

Hubungi 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas.