Monday, February 6, 2012

Menyimpan WANG KERTAS/FIAT lebih meRUGIkan berbanding menyimpan EMAS! (updated)

Tahukah anda? Menyimpan WANG KERTAS/FIAT lebih meRUGIkan berbanding menyimpan EMAS!

Assalammualaikum..semoga semuanya sihat.
Saya berusaha untuk memastikan saya mengupdate blog ini dengan lebih kerap. Sebenarnya ada terlalu banyak yang ingin saya kongsikan sehingga tak tahu nak bermula daripada mana dahulu. Namun, malam ini saya berminat pulak nak berkongsi bersama anda semua perbandingan antara wang fiat dan emas. Seperti tajuk entry yang tertera di atas, saya akan perjelaskan di sini kenapa menyimpan wang kertas lebih merugikan berbanding menyimpan emas.

Sebelum itu, mari kita selidik dahulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan wang kertas/fiat serta emas dan serba sedikit sejarahnya.

Kemunculan wang:

Wang mungkin telah wujud sekurang-kurang 100, 000 tahun yang lalu. Sejarah perkembangannya bermula dengan evolusi tamadun manusia itu sendiri iaitu kira-kira 2000 tahun sebelum masihi. Sebelum kewujudan konsep wang, sistem barter adalah kaedah paling berkesan untuk menjalankan urusniaga. Oleh kerana ketidakpuasan manusia terhadap sistem tukar barang atau barter, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu 'benda' sebagai perantaraan dicipta. Keupayaan wang membebaskan manusia dari kerumitan sistem barter membawa kepada penggunaan wang sebaik sahaja wujud barang yang boleh diterima umum. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas.

Antara barang-barang yang pernah digunakan sebagai wang ialah:
  1. Biji-biji manik (biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat, batu akik dan batu unam.)
  2. Kulit-kulit binatang
  3. Pedang
  4. Cerek (bahan tembaga)
  5. Tombak
  6. Tempayan (yang merupakan simbol atau status kekayaan pada era tersebut)
  7. Meriam kecil tembaga

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima. Pada tahun 1971, Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika Syarikat (lihat Persidangan Bretton Woods). Dengan ini kebanyakan ekonomi negara barat dan dunia keseluruhannya bertukar kepada sistem yang berasaskan wang fiat.

Sejarah Emas
Emas, dalam sejarah perkembangan sistem ekonomi dunia, sudah dikenal sejak 40 ribu tahun sebelum Masehi. Hal itu ditandai penemuan emas dalam bentuk kepingan di Spanyol, yang saat itu digunakan oleh paleiothic man. Dalam sejarah lain disebutkan bahwa emas ditemukan oleh masyarakat Mesir kuno (circa) 3000 tahun sebelum masehi. Sedangkan sebagai mata uang, emas mulai digunakan pada zaman Raja Lydia (Turki) sejak 700 tahun sebelum Masehi. Sejarah penemuan emas sebagai alat transaksi dan perhiasan tersebut kemudian dikenal sebagai barbarous relic (JM Keynes). 
Emas telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Ing. Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia. Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut
Lydia Gold Coin: The first known use of gold asmoney dates back about 6000 years

Simpanan Wang kertas VS Simpanan Emas

1. Wang kertas sentiasa SUSUT NILAI oleh INFLASI


Dalam ekonomi, Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.


Tidak dapat dinafikan lagi, Inflasi merupakan satu musuh utama kepada ekonomi setiap negara. Ia merompak simpanan wang kita di dalam bank saban tahun..tanpa kita sedari. Inflasi merompak wang kita dengan turunnya kuasa beli menggunakan wang tersebut. Untuk memahami bagaimana ROMPAKAN TERSEMBUNYI ini berlaku dan bagaimana ia menyebabkan wang kita susut nilai, mari kita lihat contoh berikut. 


26 tahun yang lalu (1995), 
sebagai seorang kanak-kanak sekolah yang berumur 10 tahun, wang saku yang disediakan oleh ayah saya adalah sebanyak 40 sen. Jika mendapat RM1.00 sudah terlalu mewah bagi saya namun ia jarang-jarang berlaku. Dengan wang saku 40 sen, saya boleh membeli sebungkus nasi atau mee atau burger atau roti canai 20 sen, kuih 10 sen dan air 10 sen. Kalau ada berbekal air dari rumah, 10 sen tu boleh masuk tabung atau untuk kegunaan pulak pada waktu petang jika ada aktiviti di sekolah. 40 sen itu sudah terlalu cukup, apatah lagi RM 1.00.. sudah tentu banyak yang mampu dibeli, siap boleh sponsor kawan-kawan lagi. 


Hari ini,
mustahil bagi seorang kanak-kanak sekolah untuk mendapat wang saku sebanyak 40 sen lagi. Bahkan, RM1 pun belum tentu cukup untuk perbelanjaan di sekolah.



Berdasarkan carta di atas, kadar inflasi yang dicatatkan pada disember 2011 ialah sebanyak 3%. Purata inflasi negara kita sepanjang 2005 sehingga 2010 ialah 2.77% dengan yang tertinggi dicatatkan pada Julai 2008 iaitu sebanyak 8.5%. Kadar inflasi terendah pernah dicatatkan pula ialah -2.4% iaitu pada Julai 2009.

2. Wang kertas mudah dibinasakan


Ini hanyalah sekeping kertas yang dicetak dengan nilai RM100
Boleh anda musnahkan nilai RM100 tersebut kepada RM0??


Sudah Tentu! Dengan mudah sekali....


Misalnya seperti ini...
dan juga ini....


atau mungkin secara tidak sengaja seperti ini...


Kita sedar namun kita mungkin lupa bahawa kekayaan dalam bentuk WANG KERTAS begitu mudah dibinasakan. Lain pula ceritanya dengan emas, nilainya tidak boleh dibinasakan. Oleh sebab itu, EMAS merupakan PENYIMPAN kekayaan terunggul.


3. Nilai wang kertas jatuh dalam jangka masa panjang


Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.
Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas ( dalam kes ini USD) maka hasilnya adalah seperti berikut:
Apa yang dapat kita perhatikan daripada graf di atas ialah
"Nilai EMAS semakin meningkat,
Nilai wang kertas semakin menurun"
4. EMAS adalah aset yang terunggul


Emas merupakan satu yang aset yang mudah ditukarkan ke dalam bentuk tunai. Cuba kita bandingkan emas dengan aset lain seperti rumah atau hartanah, sudah tentu emas adalah yang paling mudah untuk ditukarkan kepada tunai bila-bila masa kita memerlukan. Tambahan pula, sekarang ini perkhidmatan gadaian emas menurut syarak iaitu ar-rahnu semakin banyak diwujudkan di bank dan pusat kewangan lain. Oleh itu, penukaran emas kepada tunai menjadi semakin mudah.


5. EMAS tidak boleh dimanipulasikan


Salah satu keistimewaan emas yang menjadikannya sebagai penyimpan kekayaan unggul ialah ia tidak boleh dimanipulasikan berbanding wang kertas. Wang kertas mudah dimanipulasikan misalnya wang kertas boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, ia secara tidak langsung akan menyebabkan nilainya menurun. Oleh itu, HYPERINFLASI akan berlaku dimana harga barang akan naik dengan menggila. Sejarah membuktikan bagaimana wang kertas hilang nilainya dan ditolak oleh rakyat. Contohnya seperti yang berlaku di Zimbabwe ketika hyperinflasi 2000 - 2009. 


Semoga entry kali ini membuka minda anda tentang pentingnya menyimpan emas.


EMAS bukan sahaja sebagai pelaburan, emas adalah penyimpan kekayaan anda.

Hubungi 0165890946 untuk pertanyaan tentang emas, public gold dan untuk membeli emas.

No comments: