Wednesday, November 16, 2011

Emas: dari sudut pandang seorang wanita



Assalammualaikum..

Sebagai 'starting entry', ingin saya berkongsi tentang emas, logam yang amat bernilai ini dari perspektif seorang wanita. (dalam entry lain, mungkin saya akan kongsikan mengenai perak pula..tentu berbeza nilainya bagi seorang wanita)

Sebagai seorang wanita, saya telah didedahkan tentang emas sejak kecil iaitu sejak saya mengenal dan memahami dunia..mungkin secara spesifiknya sejak berumur 1 tahun. Ibu saya telah menembak lubang kecil di kedua-dua belah cuping telinga saya untuk digantungkan subang yang membuatkan telinga saya cantik (^_^)....tapi malangnya, itu hanya untuk sementara kerana telinga ini tidak mampu menerima sebarang tusukan dan pergantungan apa-apa di situ.. baik emas, perak, besi, kayu atau getah. semuanya akan mengakibatkan telinga itu bernanah (literally). Jadi, sebenarnya saya mempunyai pengalaman yang tidak menarik dengan emas. Tetapi ibu saya masih tidak berputus asa, jadi dia mengalungkan seutas rantai emas yang halus di leher saya. Tabii seorang kanak-kanak, rantai itu digigit-gigit dan akhirnya putus. Nasib baik jumpa balik. Ibu saya tukarkan dengan gelang pula. Kali ini, lebih tebal. Kemudian saya kerap membuka gelang tersebut kerana tidak selesa. Seriously, gelang itu sangat-sangat mengganggu saya bermain! Ibu terpaksa mengalah, jadi dia simpan dan hanya akan memaksa saya pakai ketika hari raya.

Kenapa saya ceritakan ini semua? Untuk menunjukkan bahawa betapa akrabnya hubungan seorang wanita dengan emas. Seorang ibu akan berusaha sekuat mungkin untuk menyarungkan emas pada tubuh anak perempuannya. Dalam masyarakat, wanita berbanding lelaki dari awal lagi telah menghargai dan mengagumi nilai emas dalam kehidupan terutamanya sebagai bahan perhiasan mereka. Malah emas telah lama digunakan sebagai perhiasan sebelum ia diguna pakai sebagai matawang.

Nilai emas di mata wanita
Bagi wanita, emas adalah logam yang sangat bernilai kerana beberapa faktor:

1. Emas sebagai simbol kekayaan & kemewahan.
Emas itu adalah simbol kekayaan kerana ia adalah wang. Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh dunia. Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana ‘dipaksa oleh pemerintah’. Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling baik, selamat dan bijak. Wanita sangat gemar akan kekayaan dan kemewahan. Bahkan, kalau boleh, ingin sahaja ditunjukkan kepada seluruh dunia kekayaan dan kemewahan yang dimiliki nya atau suaminya. Kerana wanita sukakan pujian.

2. Emas adalah pelengkap perhiasan.
Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas. Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia.
Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas. Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas. Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya, gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka nenek, moyang dan sebagainya. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang. Walau mungkin design barang kemas tersebut terlalu lama, tidak up-to-date, namun masih disimpan dan dipakai kerana sentimental value yang ada padanya.

Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas. Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin perempuan maka ia adalah lebih baik kerana melambangkan tuah yang akan dibawa oleh pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.


3. Emas sukar diperolehi
Wanita faham bahawa emas merupakan satu logam yang sukar diperolehi, bukan sahaja daripada perut bumi tetapi daripada si suami. Jadi, pemberian emas kepada wanita amat dihargai.


Sudahkah anda memiliki emas? Sebagai wanita, tentu sudah ada yang menyimpan emas dalam bentuk perhiasan. Bagaimana dengan dinar emas atau gold bar seperti dalam gambar di atas? Percayalah, perasaan memiliki emas seperti ini berbeza dengan emas perhiasan. cubalah. Anda boleh memilikinya dengan membelinya daripada saya. Hubungi saya di 0165890946 untuk maklumat lanjut.

No comments: