Thursday, November 17, 2011

Kelebihan Emas Fizikal


Assalammualaikum wbt...semalam harga emas telah menjunam ke paras terendah iaitu USD1714/oz..harga yang sangat cantik bagi sesiapa yang menyimpan niat untuk memborong emas..ketika ini bearish trend masih kekal..hopefuly esok masih turun lagi :p ...saya masih mendalami teknik menganalisa graf..jadi agak sukar untuk membuat sebarang telahan.

Jadi, bagaimana? Sudahkah anda menyimpan emas? Atau anda masih keliru untuk menyimpan emas dalam bentuk apa? Ramai yang memilih untuk membuka sahaja akaun emas di bank.. Tiada salahnya..mungkin itu jalan yang paling selamat bagi anda.. Hurmm apa kata anda kenali simpanan emas fizikal pula.. Anda bukan menyimpan buku akaun emas tetapi anda memegang dan menyimpan sendiri ketulan emas tersebut.. Di sini telah disrnaraikan lebih 30 kelebihan anda menyimpan emas fizikal..

30 kelebihan melabur didalam emas adalah:
1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
9. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
11. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
16. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
19. Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
21. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
24. Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
26. Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
28. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
30. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
31. HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..

Hubungi saya di 0165890946 untuk memiliki emas fizikal (^_^)

No comments: